
Jika selama ini anda tercari – cari apakah skrip sistem support yang terbaik untuk digunakan bagi menjawab pelbagai soalan dari pelanggan anda, maka anggapkan pada hari ini, anda telah menemui penyelesaiannya di sini…

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, pernahkah anda mengalami salah satu dari situasi seperti ini?
Menjual pelbagai produk atau penyedia pelbagai perkhidmatan namun sentiasa “sakit kepala” untuk menjawab soalan yang sama ‘pattern’nya?
“Sangat-sangat sakit kepala” kerana terpaksa mencari rekod atau solusi yang pernah anda berikan kepada pelanggan anda?
Dihujani 10 hingga lebih dari 30 email yang bertanyakan soalan yang sama pada satu-satu masa?
Sudah ‘letih dan penat’ menjawab soalan sama, yang mana pada hemat anda, jawapan itu boleh tanya “pakcik Google” saja?
Mempunyai kekangan masa untuk menjawab segala soalan, dan mahu mengupah individu berkelayakan sebagai “wakil” kepada anda?
Bosan dengan konsep “Frequently Asked Question” (FAQ) yang sedia ada?
Ingin Memasang Sistem Sokongan Pelanggan iaitu “Sistem Support” Khas Untuk Pelanggan Yang Sistematik Tetapi Tidak Tahu Caranya?
Daripada: Ahmad Rizal Razali
Re: Jimatkan Masa Sendiri! Mudahkan Urusan Pelanggan / Pelawat Web Anda! Bina Reputasi Menerusi Khidmat Sokongan Pelanggan!
Anda seorang usahawan internet yang mempunyai pelbagai produk online? Anda usahawan internet yang menawarkan pelbagai khidmat? Tak kiralah apa jua jenis perniagaan yang anda miliki, sudah tentu elemen terpenting yang mesti anda sediakan adalah khidmat sokongan pelanggan (Customer Support Service) atau Sistem Support. Malah boleh saya katakan, sistem support antara nadi terpenting dari segi interaksi anda dengan pelanggan atau pelawat web anda.
Kenapa Saya Katakan Sistem Support / Sistem Sokongan Pelanggan Antara Nadi Terpenting?
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda menjawab sebarang soalan yang dikemukakan sekitar 24 jam, maka semakin tinggi reputasi anda di mata para pelanggan. Keyakinan para pelanggan kepada anda semakin tinggi kerana pada pandangan mereka, anda dapat menyelesaikan masalah mereka dalam satu tempoh yang sangat cepat.
Saya bukan sekadar sembang kosong, ini antara snapshop yang boleh saya berikan kepada anda:

Menerusi sistem support juga, ia boleh dimanipulasikan (ditukarkan) menjadi satu “medium perhubungan” yang lebih teratur dan kemas. Setiap soalan dan jawapan yang diutarakan dapat dilihat dengan kemas dan teratur oleh kedua-dua belah pihak. Jika perhubungan yang terjalin itu dapat dipupuk dengan elok, ia akan menambahkan lagi kepercayaan pelanggan atau pelawat web anda. Mungkin pelawat web anda terdiri dari kenalan biasa, atau kenalan yang luar biasa.

Malah, jangan terkejut sekiranya nama anda “harum” meniti dari blog ke blog, dari forum ke forum!
Bukanlah saya hendak terlalu mendokong satu prinsip asas, apatah lagi untuk berpegang pada “falsafah” ini – Pelanggan Sentiasa Betul! [ The Customer Is Always Right! ], namun cuba anda berfikir sejenak. Bayangkan sekiranya anda lambat menjawab soalan yang dikemukakan pelanggan. Sudahlah lambat, jawab pun sambil lewa pula!!! Sudah tentu, bermacam-macam tanggapan negatif yang bermain-main di minda pelanggan.
Maka, jangan pula anda terkejut sekiranya nama anda akan ‘busuk’ dari blog ke blog, forum ke forum!
Mana yang anda mahu, “reputasi yang harum” atau “reputasi yang busuk”? Saya biarkan anda sendiri menjawab soalan ini.
Baiklah…secara ringkasnya, dengan menyediakan satu sistem support yang baik, hubungan anda dengan pelanggan anda akan lebih ‘intim’. Ibarat doktor peribadi dengan pesakit peribadi. Pesakit peribadi sudah tentu akan mengikuti segala saranan ubat mahupun nasihat yang bakal diberikan doktor.
Dengan kata lain, kepercayaan dan kebergantungan pelanggan anda kepada anda akan semakin meningkat. Jangan terkejut sekiranya anda betul-betul “menjaga” pelanggan anda, apa jua yang bakal anda sarankan, mereka akan hargai. Malah jangan pula anda terkejut seandainya saranan yang bakal anda berikan, mereka akan ikut “bulat-bulat”!

Sebagai pemilik produk/servis, sudah pasti anda sendiri tidak mahu “sakit kepala” untuk menerima pelbagai format yang agak “old school”. Jika dah “sakit kepala” dengan pelbagai format dan pelbagai bentuk soalan, bagaimana untuk menghasilkan jawapan yang boleh memuaskan hati pelanggan?

Sekiranya anda menyediakan satu standard sistem sokongan yang komprehensif, anda boleh membuat perincian jawapan sokongan yang lebih baik, samada ia hanya diselesaikan menerusi ruangan “knowledgebase”…

… atau mengikut kategori yang boleh anda cipta tanpa had ini mengikut kesukaan anda…

Sebagai contoh, dengan adanya ruangan “knowledgebase”, anda sudah menjimatkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk menjawab soalan dari seorang pelanggan. Jika 10 pelanggan, sudah berapa minit anda jimat?

Menerusi sistem support yang tersusun, pelanggan hanya perlu mengisikan butiran data mengikut format yang telah anda tetapkan, lengkap dengan ciri keselamatan yang lebih terjamin, sebagai contoh dari ancaman spam dan juga pengesan i.p. yang mana, kedua-duanya terbina secara automatik.
Malah, secara simboliknya anda sendiri telah menetapkan satu “format rasmi” untuk berurusan dengan anda.
Lihat contoh format sistem sokongan yang anda boleh tetapkan (set) menerusi penggunaan sistem support seperti ilustrasi dibawah:
Namun yang menjadi “masalah negara” bagi anda sekarang adalah, anda tidak tahu bagaimana untuk membina sistem suport yang komprehensif untuk laman web atau blog anda…bukan?
Anda tak perlu risau! Kerana itulah telah kami sediakan satu tutorial langkah demi langkah pembinaan sistem support yang anda perlukan…

Tutorial Ini Merupakan Bimbingan Langkah Demi Langkah Yang Menerangkan Teknik Paling Mudah Untuk Pembinaan Sistem Support Walaupun Anda Bukanlah Seorang Pakar Pengaturcara Yang Hebat!
Satu Perkongsian Cerita: Sebelum ini, saya menggunakan email percuma (gmail, yahoo mail dan hotmail), mahupun skrip percuma seperti:
- EmailMeForm™
- OsTicket
- Plugin ContactForm7
untuk digabungkan dengan blog KomenEbook.com (dan halaman web untuk produk lain seperti TutorialAffiliate.com , TutorialMinisite.com).
Jika mempunyai satu blog dan satu produk, ia bukanlah satu masalah besar. Memandangkan saya mempunyai pelbagai blog, pelbagai niche produk reseller dan juga produk sendiri, ini antara masalah yang saya alami:
- Terpaksa menjawab pelbagai soalan yang hampir sama sahaja coraknya, sebagai contoh, pelanggan mengalami masalah untuk memuat-turun Produk A dan Produk B.
- Sering berlaku email yang dihantar oleh pelanggan rupanya termasuk ke dalam kategori “spam”, justeru pernah berlaku kelewatan menjawab soalan hingga lebih dari tempoh yang telah saya tetapkan.
- Mengalami masalah untuk menyelesaikan masalah pelanggan sedia ada kerana terlalu banyak penggunaan “re and re” (reply dan reply email) menerusi email percuma seperti gmail. Malahan, paparan muka untuk ruangan tersebut tidak sesuai, justeru, ia banyak menimbulkan masalah kepada pengeluar produk untuk memahami masalah yang dialami pelanggan.
- Mengalami masalah untuk track rekod pelanggan yang pernah bertanyakan soalan atau rekod pembelian.
Ini antara masalah yang sering berlaku. Disebabkan penggunaan email percuma, skrip percuma dan plugin percuma yang tidak memenuhi kehendak saya sebagai penyelia produk, maka, atas saranan seorang usahawan internet yang terkenal, iaitu Amirol Zolkifli, saya beralih ke satu sistem support khas untuk pelanggan dan pelawat web yang:
- lebih sistematik,
- lengkap dengan knowledgebase,
- paparan antaramuka yang lebih mesra pengguna dan,
- lebih merapatkan lagi komunikasi dua hala.
Jika laman web atau blog anda masih belum mempunyai sebarang bentuk sistem sokongan pelanggan, maka ini saranan yang ingin dinyatakan – Segera menambah fungsi ini pada hari ini juga!
Sebagai pemilik produk ini, anda bakal dibekalkan dengan 7 modul asas langkah demi langkah:
Pertama: Muat-Turun Skrip
![]()
Anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkan skrip ini, seterunya diterangkan langkah demi langkah untuk ekstrak skirp ini. Dibekalkan juga pautan video yang berkaitan seandainya anda mempunyai masalah untuk memuat-turun skrip
Kedua: Penggunaan Asas FTP
Anda akan diterangkan secara asas ilmu yang berkaitan dengan ftp dan cara untuk melakukan proses upload skrip. Setelah itu, anda akan ditunjukkan pula cara-cara untuk melakukan proses CHMOD file (bunyinya agar sukar, tetapi sebenarnya sangatlah senang, hanya “tick-tick” saja)![]()
Ketiga: Pembinaan Database
Pada tutorial ini, anda akan ditunjukkan cara-cara untuk membina database, samada menggunakan kaedah automatik ataupun manual. Menerusi modul ketiga ini, anda akan menguasai cara untuk membina database, bukan sahaja untuk pembinaan sistem support, malah untuk sistem-sistem lain yang memerlukan pembinaan database. Masa untuk memahami ilmu berkaitan Cpanel semakin singkat.
Keempat: Konfigurasi Email
Bab ini adalah lanjutan dari Modul ketiga: Pembinaan Database. Pada modul Konfigurasi Email ini, anda akan diterangkan cara untuk mencipta email yang bakal digabungkan dengan sistem support. Satu lagi ilmu Cpanel asas yang sangat mudah untuk dikuasai.![]()
Kelima: Setup Sistem Support
Pada bab ini, anda bakal diterangkan 5 langkah utama yang mudah dalam pembinaan sistem support. Satu contoh kesilapan yang sering dilakukan semasa melakukan proses setup sistem support turut disertakan.
Keenam: Manual Penggunaan Sistem Support Bahagian 1
Di dalam Manual Sistem Support Bahagian 1, anda bakal diterangkan 10 langkah yang diterangkan terperinci sebelum membolehkan sistem support pertama anda beroperasi.![]()
p/s: Jika anda menguasai 10 langkah ini, jujurnya anda boleh manfaatkan ia dengan menawarkan servis setup sistem support. Ini antara sumber pendapatan sampingan sepanjang saya menyediakan perkhidmatan setup blog dan website
![]()
Ketujuh: Manual Penggunaan Sistem Support Bahagian 2
Pada manual terakhir ini, anda akan ditunjukkan simulasi sebenar proses penghantaran sistem support untuk ruangan admin dan juga ruangan pelanggan. Simulasi ini sangat penting untuk menambahkan lagi pemahaman anda berkaitan dengan sistem support. Tambahan pula sebagai persediaan tambahan anda untuk berurusan dengan pelanggan sebenar atau pelanggan potensi sebenar anda.
Meskipun skrip yang bakal anda miliki ini, secara asasnya dalam bahasa inggeris, namun, dengan adanya panduan dalam Bahasa Melayu seperti yang telah saya permudahkan kepada anda ini, anda mampu menguasainya dalam masa yang lebih cepat, berbanding sewaktu kali pertama saya mengaplikasikan sistem ini.
Ya, dengan harga RM30.00* sahaja, anda akan dapat memiliki tutorial penggunaan sistem support langkah demi langkah ini dalam versi Bahasa Melayu.


Inilah cara paling “smart” untuk menjadi pakar solusi, juga dalam membina hubungan anda dengan pelanggan atau pelawat web anda. Percayalah, dengan tempoh menjawab yang cepat, kemas dan teratur, reputasi akan terbina. Justeru, sudah pasti anda akan bakal menerima pulangan yang lebih dari anda dapat sekarang!
sedangkan skrip yang bakal saya tunjukkan ini adalah dari sumber percuma, setanding dan anda boleh pelbagaikan penggunaannya?
Ikhlas,
Ahmad Rizal Razali

p.s – Sistem support ini mudah dikuasai meskipun anda bukan seorang pengaturcara atau webmaster yang hebat. Hanya fahami langkah demi langkah menerusi tutorial yang dibekalkan. Tempah Sekarang!